Kitab Adab Suluk Al-Murid 3 Jan 2019 (ms 13)

Program Pengajian Pondok Universiti Musim ke-5 (3 Jan 2019)

Penceramah : Ustaz Sheikh Abu Zaki bin Yusuf as Sanggafuri al Hadhrami
Kitab: Adab Suluk Al-Murid (karangan Al-Imam Abdullah Al-Haddad)
Muka Surat : 13
"Risalatul Murid" Petunjuk Jalan Thariqat
Bacaan Ratib Al-Haddad

Masa : 2.15 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim UTHM

Bencana Lisan
Hendaklah ia bersungguh-sungguh dalam memelihara lisan (lidah), kerana meskipun bentuk lisan itu kecil saja, akan tetapi bencananya berat sekali.
Hendaklah lisan itu dicegah daripada membuat dusta, ghibah (mengumpat), dan seterusnya segala percakapan yang dilarang oleh agama.
Hendaklah ia menjaga diri dari menuturkan percakapan yang cabul dan kotor, melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan diri sendiri.
Meskipun yang demikian itu tidak haram hukumnya, namun ia akan mengeraskan hati dan mensia-siakan masa tanpa faedah.

Year
Date
Audio MP3